perdana menteri keempat Malaysia


tun-dr-mahathir.jpg
TUN DR.MAHATHIR MOHAMAD
"BAPA PEMODENAN"




PENGENALAN


Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pemimpin dan negarawan ulung Malaysia iaitu sebuah negara moden yang menitikberatkan perindustrian dan kemajuan teknologi.
Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menjadi perdana menteri paling lama di asia tengara iaitu selama 22 tahun.Beliau adalah perdana menteri keempat di Malaysia. Beliau dilantik menjadi perdana menteri pada 16 hb 1981 dan tamat perkhidmatan pada 31 oktober 2003.

BIODATA

NAMA,TEMPAT DAN TARIKH LAHIR.


Tun Dr Mahathir Mohamad, Dilahirkan pada hari jumaat tanggal 20 Disember 1925.Beliau berasal dari  Alor Setar ,Kedah.Beliau adalah anak bongsu dari sembilan orang adik beradik.

PENDIDIKAN


Tun Dr Mahathir Mohamad memulakan alam pengajian di Sekolah Melayu Seberang Perak,1930.selama 2 tahun.Beliau melanjutkan pengajian  menengah di Goverment English School,Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid.Setelah tamat pengajian dengan keputusan yang cemerlang pada tahun 1945, Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine.Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan dari Universiti of Malaya.Sepanjang zaman pengajianya beliau adalah seorang yang bersemangat ,rajin,aktif dalam sukan dan sentiasa mengambil berat tentang rakan-rakanya.


PENGALAMAN PEKERJAAN


Berbekalkan kelulusan yang sepadan Tun Dr Mahathir Mohamad telah memulakan perkhidmatanya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang.Seterusnya,pada tahun 1954, beliau telah dilantik sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Alor Setar.Beliau juga pernah memberi perkhidmatan perubatan di Langkawi,Jitra, dan Perlis.

KELUARGA


Pada Ogos 1956,Tun Dr Mahathir Mohamad telah diijabkabulkan dengan seorang gadis yang cantik dari Selangor bernama Tun Dr. Siti Hasmah.Beliau telah dikurniakan 7orang cahayamata iaitu Marina iaitu Datin Paduka Mariana,Mirzan,Melinda,Mokhzani iaitu Datuk Mokhzani,Mukri iaitu Datuk Mukri.Maizura dan Mazhar.

BIDANG POLITIK


Tun Dr Mahathir Mohamad,adalah seorang ahli politik yang berfikiran sihat dan matang.Sepanjang pengelibatanya sebagai ahli politik banyak kemajuan yang pernah dilakukan dan banyak sumbangan idea-idea yang bernas telah disumbangkan.pada tahun 1945 beliau mula aktif dalam arena politik dengan menyertai pelbagai organisasi
politik seperti Kesatuan Melayu Kedah,Saberkas,Kesatuan Pemuda Melayu Kedah,UMNO.


KEJAYAAN DAN PENCAPAIAN


Beliau telah diberi gelaran sebagai "Bapa Pemodenan".Tidak hairanlah kerana beliau telah banyak mencipta kemajuan dari segi pembangunan, ekonomi dan automotif.Antaranya,adalah kereta berjenama Proton,Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),Stadium Nasional Bukit Jalil,Litar Antarabangsa Sepang,dan yang paling di kagumi seantero dunia adalah Menara Berkembar Petronas (KLCC).Melaui projek-projek mega ini secara tidak langsung  meletakan Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun dan maju.


SAYA MENGINSPIRASIKAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD


Tun Dr Mahathir Mohamad  adalah seorang yang berkarisma dan bercita-cita tinggi.Beliau Adalah seorang pemimpin yang wajar dicontohi oleh semua kalangan pelajar dan semua insan yang ingin berjaya kerana dengan wujudnya bukti-bukti kejayaan yang telah dilakukan olehnya membolehkanya menjadi inspirasi dan mentor kepada mereka yang sentiasa mencari kejayaan dalam hidup.Dengan adanya idea yang bernas tanpa melakukan sebarang kesilapan-kesilapan kecil kejayaan dapat dicapai dengan mudah.





Comments

Post a Comment